Wednesday, June 10, 2009

MINGGU CUTI SEKOLAH

Mulai 2 Jun hingga 14 Jun, cuti persekolahan bermula... Saya menjemput Afif dari MRSM Jasin pada Jumaat 28 Mei seiring dengan MAT PIBG-nya. Petang Jumaat itu, kami bertemu pihak PPD untuk memastikan perjalanan program Taklimat BPJI berjalan lancar...

AIn Hanani pulang sebentar pada Jumaatnya sebelum terlibat dengan Rakan Belia Johor di SMK SK dan Tebing Tinggi.

Zain yang akan mengambil UPSR terpaksa mengikuti kelas tambahan sepanjang minggu pertama cuti..

Dan saya juga bercuti di rumah walaupun sesekali ke pejabat atas urusan tertentu..

Buat apa ya?

Selasa pagi ke kebun.. tengok sawit dah subur tumbuhnya dan hasil tuaian pun telah diambil. Syukur kerana kebunnya terjaga (racun dan baja nampak baik).

Petangnya kami keluar ke Muar dengan hasrat hendak berjumpa kawan baik si Afif, malangnya hajat tidak kesampaian. Sambil singgah di Giant Muar mencari basikal riadhah untuk Shida..

Lain jadinya, akhirnya kami ke Melaka dan dapatlah sebuah basikal excersice untuk Shida...

1 comment:

agbr47 said...

Agaknya, rupanya basikal tu untuk Cik Shidah. Kalau Ustas yang kayuh bertambah kurus gamaknya.