Wednesday, June 17, 2009

SEKOLAH AGAMA TAMAN YAYASAN

Puan Rozita, Ust Jumaat, Ust Naza, Ust Sulaiman (En Hanafi, tiada dalam foto)

Telah lama kami berusaha untuk mendapatkan sebuah sekolah agama di Taman Yayasan. Sejak 2005, saya membentuk jawatankuasa penaja sekolah dan mengadakan 'mesyuarat penajaan' untuk menubuhkan sekolah ini. Surat permohonan kepada Pejabat Agama Johor kita hantar beberapa kali, hinggalah kini kali keempat pada 2009.



Semalam staf Pejabat Agama Segamat (juga rakan baik saya) membuat lawatan ke Kolej Yayasan Pelajaran Johor di Taman Yayasan bagi menguruskan soal sewa menyewa bangunan untuk dijadikan sekolah agama. Alhamdulillah nampaknya pihak YPJ bersedia menyediakan ruang kelas untuk disewa, dan kami mengharapkan sekolah ini dapat beroperasi menjelang Julai nanti.



Ustaz Nazarudin pula menggesa pihak kami memohon peruntukan pembinaan sekolah baru (kekal) di Taman Yayasan, memandangkan rezab tapaknya sudah sedia ada. Insya-Allah perkara ini lebih mudah diuruskan jika 'sekolah sementara' diwujudkan sebagai bukti kepada pembangunan pendidikan agama.



Ya Allah permudahkanlah urusan kami untuk kami berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta.

2 comments:

Unknown said...

salam....
kalau tak silap tu Ustaz Sulaiman dari Kg. Kuala Paya kan?dia tak pernah mengajar saya, tapi dia bapa pada kawan sebaya saya. Semoga usaha Tuan akan berhasil nanti....

Ahmad Nawawi Yaakob said...

ya, itulah dia.. org kuala paya.. sy kenal dia sbb berjiran di TY..(lama tak singgah, sibuk ke? comel anak-anak mila.. jemput dtg ke rumah kami