Wednesday, July 29, 2009

HIJRAH satu PILIHAN

"Abang ni jenis orang yang tak tahu nak katakan 'tidak''. Itulah luahan Shida kepada saya dalam apa jua keputusan, ketika menerima tugas mahupun soal perpindahan.

Banyak perkara yang difikirkan menjadi pertimbangan; yang pastinya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Hijrah pastinya ada hikmah dan kelebihan yang tidak tercapai dek akal. Ibarat hujan dan panas yang tentu ada pasang surutnya. Bertahan terlalu lama pada satu keadaan sahaja boleh menimbulkan kejumudan dan kebekuan. Routin harian akan kekal sama dan berulang tanpa henti sedangkan arus perubahan luar bergerak pantas..

Dan saya pinjamkan ungkapan Prof lewat blognya hari ini; (pohon dengan izin) menjadi azimat berharga kepada saya...

................
"Keinginan dan realiti nyata berbeza.

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)? [Fathir:2-3]

(Saya ringkaskan..)

Tawaran sebagai Pengarah Kampus atau jawatan akademik yang lain merupakan lumrah kepada staf akademik UiTM. Ia satu penghormatan. Namun pilihan sama ada kita mahu ataupun tidak terletak ditangan sendiri. Tiada paksaan. Kalau “ya” pergi, kalau “tidak” jangan bersungut di kemudian hari. Cuma pesan saya: “jangan terlampau lama memegang satu-satu jawatan pentadbiran akademik, dua penggal sudah lebih daripada memadai”.

Pengalaman lampau menyebabkan saya sentiasa teruja memberi galakan untuk sahabat-sahabat atau staf saya yang ditawarkan jawatan tertinggi UiTM. Saya seronok melihat Ustaz Nawawi yang sanggup meninggalkan keluarga untuk berpindah ke Shah Alam. Pergilah… bukan menghalau tetapi hijrah itu sentiasa lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga!" (Prof MKI)
..................

Saya memerlukan doa restu dan sokongan rakan semua dalam apa jua keadaan.

5 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Ustaz,
Selamat berhijrah. Semoga ada kebaikkannya. Tahniah!.

Engku Artini said...

Salam ustaz..
saya juga sebagai seorang isteri.. seperti kak Shida tentunya.. tak ingin berjauhan dengan suami. Terapi kerana tugas, kami berjauhan seketika walau perit terasa. Tahniah ustaz..mungkin atas kenaikan pangkat yang lebih baik. Semoga saya diberi peluang berjumpa ustaz di Shah Alam .. InsyaAllah

Syah said...

Salam Ustaz,

Selamat berhijrah!!! InsyaAllahada umur kita jumpa lagi.

Ariberto said...

Salam, Ustaz,

Hijrah itu satu pengorbanan. Jarak serta masa yang bakal menjauhkan namun tidak memisahkan kita. Jemaah Al Muhajirin khususnya serta TY amnya, insyaAllah tetap memberi sokongan dan memanjatkan doa kehadratNya agar antara kita tetap utuh silaturrahimnya.

Tahniah! Ustaz.

sammie said...

Ustaz nak pindah ke?...
Mesti Uitm Johor akan terasa kehilangan...
Nasib saya da keluar dulu dari Uitm , kalau tidak, mesti banjir lagi sekali Segamat dek air mata saya...gud luck ustaz...