Tuesday, July 7, 2009

KEMATIAN ITU TIDAK PERNAH DIDUGA

Kematian itu tidak pernah diduga. Tiada siapa yang tahu, tentunya. "Apabila sampai ajalmu, tidak akan dilewatkan sesaat dan tidaklah pula dipercepatkan walau sesaat".

Kelamarin dua berita kematian dalam kalangan keluarga terdekat. Pertama, Pak Cik Dasuki iaitu bapa saudara (adik bapa mertua) yang telah lama mengidap kencing manis. Pemergiannya seakan dijangka begitu.

Kedua, saudara sepupu; Ustaz Mat Zain Abdullah yang masih bertugas di SMK Naka, Kedah. Orangnya pendiam, tenang dan baik; pemergian yang tiba-tiba akibat serangan jantung, dikhabarkan. Saya pernah mengambil tesisnya sebagai rujukan dalam kajian yang dijalankan, terima kasih semoga ia menjadi amal jariah tuan.

Kematian pastinya datang, giliran kita entahkan bila dengan persediaan yang tidak seberapa ini. Sering sahaja saya berpesan kepada En Najib, penggali kubur Kg Berata untuk menempah satu ruang tanah kubur di sini! Di Segamat!

4 comments:

Muhammad Khalid said...

Masih tebal perasaan cintakan dunia....

Engku Artini said...

Innalillah.. semoga roh mereka dicucuri rahmat

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Sdr Khalid, tahniah dapat cahaya mata pertama anda.. syukur..

Ariberto said...

Al-fatihah...

Semoga roh mereka dicucuri rahmat serta dilretakkan dikalangan hambaNya yang beriman.