Tuesday, July 14, 2009

PPSMI: DASAR DAN POPULARITI

TS Muhyiddin baru-baru ini mengumumkan pemansuhan PPSMI menjelang 2012 setelah didesak sebahagian besar rakyat dan tokoh bahasa, tokoh pendidik tanah air, termasuklah guru-guru. Kekalutan nampaknya akan terlerai walaupun dibantah keras Tun Mahathir, pengasas kepada PPSMI.

Namun begitu, kelmarin DS Najib pula membuka ruang baru untuk dibincangkan keputusan sebelumnya. Atas alasan 'rakyat diutamakan' DS Najib seakan memanjangkan lagi isu ini untuk dipolimikkan dengan lebih panjang.

Kepimpinan adalah penentu dasar dan kepimpinan pula seharusnya konsisten dengan dasar berkenaan sebagai membuktikan keupayaan kita memerintah. Sikap 'keterbukaan yang terlampau' akhirnya akan menjerat diri sendiri, yang mana dilihat sebagai kurang upaya atau tidak konsisten.

Era pemerintahan Tun Mahathir berjaya mewujudkan suasana ini, dan walau apapun dasar dilaksanakan, tiada siapa berani membantah dan melihat hasil daripada sesuatu dasar setelah 5 tahun dijalankan. Di sini kehebatan Tun Mahathir, kehebatan yang tiada kepada tokoh lain.

Rakyat tidak gemar mendengar menteri itu berkata begini, (setelah diputuskan oleh kabinet) dan menteri ini pula berkata begitu. Yang mana satu mahu diikut, mahu dipercayai. Pandangan rakyat dan orang ramai sememangnya sentiasa ada pro dan kontra, hanya kebijaksanaan kepimpinan menentukan apa yang seharusnya rakyat diberi ruang dan peluang.

Selamat memimpin.

1 comment:

Ariberto said...

Salam

Pemikir, pembikin dan pelaksana dasar tidak pernah sekata. Mungkin itu terjemahan 'Sistem Demokrasi Terpimpin Musang Berjanggut'. Hampir sedekad, tidak satu pun ketetapan yang menjiwai hati serta naluri rakyat.