Monday, July 6, 2009

SEMESTER BARU BERMULA

Semester Julai - November bermula hari ini. Jadual kelas telah ditetapkan dan jadual saya amat cantik; hari Isnin satu kelas 4 - 6 petang; Selasa 8 -10 pagi dan 2 - 4 petang, Rabu dan Khamis kelas 8 - 10 pagi dan 4 - 6 petang pada setiap hari. Dan Jumaat nampak free.

UiTM tidak seperti universiti lain. Kami biasa mengajar 16 - 20 jam seminggu, yang jumlah jamnya lebih berat daripada seorang guru di sekolah. Namun itulah keistimewaan UiTM yang mengekalkan konsep 'teaching university' walaupun kita berhasrat mencapai taraf Research University. Pada kami, bebanan jam pengajaran tidaklah menjadi halangan utama untuk kami menjalankan kajian, menulis dan membuat sumbangan kesarjanaan seperti yang dilakukan oleh pensyarah U lain. Sesungguhnya kami berpuas hati dengan bebanan ini, tanggungjawab untuk memajukan anak bangsa (Bumiputera) agar mereka mampu bersaing dengan rakan lain di U lain..

Aktiviti kemasyarakatan masih menjadi agenda; Ahad kelmarin saya menghadiri mesyuarat jawatankuasa Badan PIBG Sekolah Agama Buloh Kasap. Selaku Pengerusi (dah tiga tahun), fokus utama ialah untuk membantu sekolah berkenaan mencapai matlamat pendidikan dan pembinaan diri pelajar. Soal wang ringgit memang ada kekangan, namun ada jalan keluar yang boleh diatasi. Meeting satu jam setengah dan kami luluskan elaun kelas tambahan untuk guru, sumbangan motivasi, baik pulih atap kantin, kerosakan bilik air dan lain-lain. guru Besarnya tersenyum puas!

(Maaf hp saya rosak.. jatuh parit kat kebun Sabtu lalu..)

2 comments:

Maksu Segamat said...

Salam PM Us.Hj Nawawi
Selamat Mengajar,janganlah kira sangat jam tu,yg penting niat kita ikhlas utk membawa anak didik kita mendekatikan diri dengan Allah,jgn lupa ajak mereka solat berjemaah dan puasa sunat Isnin Khamis,ke ustaz jarang puasa isnin khamis.Kepimpinan melalui tauladan us.Us dah beli hanfon baru ke belum?Jatuhnya hanfon tu pasti ada hikmah.......

Syah said...

Sibuk sungguh PM kita ni...hehehe