Wednesday, July 8, 2009

TANGGA DAN WARUNG BARU

Warung-warung sementara ditempatkan di bawah khemah.
Tangga baru, jalan pintas ke masjid dan Dataran NR

Zohor tadi saya melalui jalan pintas yang biasa diikuti sebelumnya dengan memanjat bukit ke Dataran NR, pintas terus ke masjid. Terperanjat apabila tiba-tiba tangga besi berdiri tegak memudahkan perjalanan. Dan tangga besinya agak besar dan kukuh, walaupun tidak siap sepenuhnya lagi. Laluan pintas ini menjimatkan beberapa langkah untuk ke masjid melewati tangga LT 1 dan LT2.

Di sebelah kanan Dataran NR pula beberapa buah gerai telah mula beroperasi. Saya tanyakan seorang pelajar, katanya makanannya sedap dan harga berpatutan.. Ini beberapa langkah segera UiTM bagi menampung pertambahan pelajar semseter ini. Selepas Zohor, saya cuba nasi ayam cantonis, bolehlah..

4 comments:

sharina said...

herm..cuba nak imagine camne uitm johor...ntah sampai bila la dok asik imagine jek kan ustaz?? kasihannya saya... :p

sammie said...

dataran NR kat mane?
baru bape bulan je tinggalkan UiTM..da macam2 transformasi...
bagus2....

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.
Sempena program syarahan intelektual V , yang fokus kepada
pelajar , saya akan datang
bersama pelajar-pelajar ( 2 bas)
Ustaz jangan lupa singgah-singgah
di DK itu, boleh promosi UITM
kepada pelajar-pelajar saya...

`Atikah ,
kluang.

Ariberto said...

Salam,

Macam sedap aje bunyi 'Nasi Ayam Cantonis'. Tapawlah di lain kali....