Tuesday, July 28, 2009

YASMIN AHMAD; SATU MEMORI DUKA

Saya mendapat info ini dari rakan email (tentunya info seperti ini tidak terjamin kesahannya). Hanya sanya yang pasti beliau sudah pergi selamanya dan kita merakamkan tarikh pemergiannya yang abadi. Kita yang hidup perlu mengambil iktibar yang baik, sewajibnya.

"Pengarah hebat iklan terbitan Petronas hampir setiap tahun aidilfitri ini, telah pun kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Sabtu lalu (25 Julai 2009). Beliau koma 3 hari selepas diserang strok sebelumnya. Sepanjang tempoh tersebut, Yasmin Ahmad hanya menerima alat bantuan sokongan hayat.

Yasmin Ahmad rebah secara tiba-tiba di pejabat Sri Pentas ketika bermesyuarat bersama Siti Nurhaliza & Datuk K. Selepas ini, blog YasminTheStoryTeller mungkin akan sunyi selamanya. Al-Fatihah kepadanya.

Persoalan sama ada beliau lelaki atau pun perempuan, di dunia ini manusia mampu buat apa sahaja untuk menukar sesuatu seperti dalam kes ini. Memang kita tahu bahawa beliau telah bertukar kepada perempuan dan sudah pun berkahwin dengan Abdullah Tan Yew Leong. Tapi pada zahirnya dan batinnya dia tetap seorang lelaki. Sekarang beliau sudah meninggal dunia, kita serahkan segalanya kepada Tuhan untuk menguruskan hal jantina baliau. Hanya org-orang yang mandikan jenazahnya sahaja yang tahu jantinanya.

Seperti semua ketahui, jenazah akan dimandikan oleh orang lelaki sekiranya jenazah adalah seorang lelaki, dan perempuan hanya boleh memandikan jenazah perempuan, masih ada yang mempertikaikan jantina beliau kerana sudah terang lagikan disuluh jenazah telah dimandikan oleh kaum lelaki. Urusan di dunia mmg kita boleh ubah, tetapi segala-galanya hanya Allah s.w.t yg maha mengetahui apa yg terjadi".

3 comments:

Anonymous said...

Ustaz nak ty, kalau seseorang tu dah menukar jantina semasa zaman mudanya.....kemudian bila umurnya 40 tahun, die bertaubat nasuha atas segala dosa yang dia lakukan, adakah die perlu kembali ke jantina yang asal atau kekal dgn jantina dia sekarang?

Ahmad Nawawi Yaakob said...

sekiranya dia bertaubat, seharusnya dia kembali ke jantina asalnya pada penghayatan, amalan, fesyen dan sikap.. Apa yang termampu diubah, perlu diubah ke asal kejadiannya. Wallahuaklam

Maria Hadiey said...

ustaz...dapat pindah ke shah alam ke?