Giliran saya mengimamkan solat tarawih malam tadi di surau TY. Kebetulan pula YB Datok Othman Jais dan rombongan (En Ahmad Zaidi Sajidan, Penghulu BK, Tn Hj Ali Ketua Kampung BK1, dll) datang berziarah.
Komen Shida, terawih laju sangat dan jemaah wanita ketinggalan... Subhanallah. Selepas ini, kena perlahan sikit pergerakan antara rukun-rukunnya. Selamat berterawih kepada semua.
3 comments:
Memang beruntung jika dapat isteri yang boleh memberi komen atas apa kegiatan yang kita lakukan. Saya juga kerap merujuk kepada isteri untuk mengimbau buah fikiran apa-apa kegiatan yang saya lakukan. Tidak secara langsung isteri juga terlibat dalam kegiatan kita dan menyemarakkan lagi semangat untuk bergiat. Di sebaliknya, menarik minat kita pula terlibat di dalam kegiatan isteri.
Pada pandangan saya, tidak salah jika mempertimbangkan kritikan orang lain. kadang2 kita tidak perasan kesilapan diri kita. tapi tidak dapat dinafikan, setiap yang kita lakukan pastinya akan ada pihak yang kurag selesa. sangat sukar untuk kita memenuhi kehendak setiap pihak. dalam kes ni, de jemaah yang lebih gemar laju kerana akan habis awal. tapi kita juga perlu mempertimbangkan kemampuan semua golongan terutama orang yang berpenyakit dan kanak2. orang yang berpenyakit ni, mereka memerlukan masa untuk setiap pergerakan manakala kanak2 memerlukan masa untuk merangkak dalam bacaan. semoga kelajuan solat terwaih selepas ni lebih bersifat sederhana...
tingin nak jemaah berimamkan ustaz nawawi :)
Post a Comment