Prof mengambil inisiatif sendiri bagi membantu pelajar yang tidak pandai membaca al-Quran. Pelajar dikumpulkan dan diagihkan kepada para ustaz/pembimbing bagi membantu mereka membaca al-Quran. Kelmarin (24 Ogos) dilancarkan majlis yang mulia ini walaupun Prof nampak kurang sihat.
Dulu-dulu dalam kelas memang saya pernah pelawa pelajar yang mahu belajar al-Quran. Ada yang menyahut namun sahutan mereka tidak kekal lama atas pelbagai alasan, sibuk dan tak sempat! Hanya beberapa kerat sahaja yang mengambil manfaat daripada kawujudan 'ustaz/ustazah' di Uitm. Kenapa jadi begitu?
Saya mendapat seorang anak angkat untuk dibimbing; Mohd Syamim. Semoga usaha kecil seperti ini akan membawa keberkatan kepada kita yang mengajar dan yang menganjur.
2 comments:
program yang baik ....
Klik Di Bawah :-
>>> Blog 1 Malaysia <<<
Alhamdullilah, selepas di rayu beberapa kali saya juga berjaya menarik minat seorang pekerja saya untuk belajar Quran. Seorang lagi masih berdolak dalik. Pada Selasa yang lepas kami mulakan dengan surah Al-Fatiha dan Yasin. Saya bersetuju dengan surah yasin kerana surah ini lebih selesa untuk dia membacanya. Untuk melayannya, saya melakukan terawih dan witir bersendirian di rumah.
Saya beritahu, Al-Quran mempunyai segala-galanya. Doa, ubat, pendinding,penenang hati, hukum hakam dan kaedah menyelesaikan masallah diri dalam kehidupan. Banyak sifat Allah yang tidak mungkin dapat kita tiru. Dengan membaca Al-Quran, kita menyebut apa yang Allah sebut.
Pada sebelah pagi, pekerja saya memberitahu bahawa dia terlalu gembira selepas mendapat panduan bacaan dari saya. Kegembiraan itu sehingga dia tidak boleh tidur. Pada pagi itu juga dia merasa begitu tenang. Dia mula merinduinya untuk datang lagi.
Maha Suci Allah yang menjaga hati hamba-hamba Nya. Ya Allah, kau berikanlah kemudahaan dan kekuatan kepadanya supaya dia boleh meneruskannya lagi. Amin.
Post a Comment