Tuesday, August 11, 2009

TAZKIRAH

Batuk masih mengganggu saya untuk berkuliah. Memakai topeng mulut sekadar adanya ikhtiar dari terlindung dan melindung. Masuk ke kelas, lihat kehadiran pelajar semakin merosot, ada sahaja yang demam dan ada pula yang dikuarantin oleh pihak berwajib. Oleh itu, mengajar dalam dua pertimbangan; untuk pastikan pelajar faham berpandu silibus dan satu lagi, untuk mengurangkan kebimbangan pelajar pada keadaan semasa.

Ancamannya semacam serius, tetapi tidak tahu pula sampai ke tahap mana. Kalau mahu dikatakan serius (kemuncak) mungkin minggu depan atau bulan depan keadaannya lebih kritikal, kita tidak tahu.

Tazkirah H1N1 dan soal penjagaan kesihatan diberikan pada setiap kuliah, baik dalam nada serius mahupun nada lucu. Mesejnya cuma satu, bertautlah kembali kepada Allah, doa dan tawakal hanya kepada-Nya dan jangan lupa pada ikhtiar kita; menjaga kebersihan, mengelakkan pergaulan luas bebas, menutup hidung dan mulut dan lain-lainnya. Jika terbangun malam hari, solatlah tahajud untuk kebaikan kita bersama; jangan kedekut pada doa; berdoa untuk semua!

2 comments:

Ariberto said...

Salam Ustaz',
Penularan wabak ini agak pantas namun tiada langkah yang dianggap berkesan terhadap rakyat dilakukan oleh pihak berwajib. Faktor kesedaran beserta kempen yang dijalankan agak 'secure'...media yang memberi laporan dirasai agak 'longgar'. Kaedah kawalan dan pencegahan tidak memberi kesan. Menurut doktor2 di klinik swasta, KKM tidak memberi apa2 bantuan samada vaksin(anti viral,Tamiflu)atau alatan sokongan. Semua kes mesti dirujuk terus ke hospital awam. Apa rasionalnya? Yang pasti sekarang harga topeng surgical dah melambung 150% & N95 tak ada stok. Habis semua tempat eg. farmasi,klinik....sing seh....semuanya habis.

Anonymous said...

salam ustaz nawawi..
dh lme rsenya xdgr ustaz bebel kat depan..
hehe..