Wednesday, September 9, 2009

ANAK YATIM



Menjaga dan mengasihi anak yatim antara amalan dan suruhan agama. Ramai anak yatim sebenarnya yang ada di keliling kelalang kita, sama ada kehilangan bapa atau ibu dan kedua-duanya. Anak-anak yatim (tidak semestinya miskin) perlu diberi sedikit perhatian dan empati yang tinggi, kerana mereka kehilangan sesuatu dalam hidup mereka.

Saya dulu juga anak yatim; pada usia tujuh tahun (21 Feb 1972) emak pergi selepas seminggu dikesan sakit perut (yang entah apa penyakitnya) dan pada usia 13 tahun ayah pula dijemput Allah secara tiba-tiba. Sejak itu, saya sedar tingginya langit yang hendak dijunjung, luasnya bumi hendak diteroka. Namun bersyukur dengan kudrat Mak Cik (ibu tiri) dan abang-abang yang membantu, kelangsungan pelajaran dan pendidikan dapat diteruskan. Seringnya saya berdoa semoga Allah limpahkan rezeki dan kemudahan untuk belajar. Dan saat mendapat berita melayakkan diri ke Kolej Islam Kelang adalah saat yang amat indah dan penuh bermakna.

Bersyukur kerana saya mendapat tempat terbaik untuk belajar, bersyukur kerana kebergantungan kepada keluarga semakin berkurang dan banyak peluang dan ruang tentunya untuk terus melangkah jauh.
Namun saya sedar, terlalu banyak masyarakat setempat yang membantu kami untuk berjaya. Saya secara peribadi terhutang budi kepada makcik-makcik dan atuk-atuk, Pak Teh (terutamanya), petani-petani dan orang kampung seluruhnya yang membekalkan wang saku, ada yang menyerahkan zakat padi, ada yang bersedekah itu ini semata-mata untuk kami belajar.

Saya dibesarkan oleh masyarakat dan tentunya akan kembali kepada masyarakat untuk berbakti.
"Ya Allah, Kau ampunilah seluruh insan yang pernah membantu kami baik kecil mahupun besar, Kau lapangkanlah kubur mereka sebagai taman-taman syurga.."
*Sebahagian anak-anak yatim yang diraikan oleh PEWANI di Masjid As-Syakirin baru-baru ini.

3 comments:

mila said...

Ustaz pun adalah anak yatim rupanya. Saya simpati sgt dgn anak yatim. Ada kawan saya kat Bukit Tunggal yang kehilangan suami setahun lepas. Saya cuba membantu sedaya saya semasa saya masih di Segamat. sekarang ni dah pindah Seremban, dah lama tak ke rumahnya. Bulan Ramadhan ni lagi mengingatkan saya pada dia dan anak2 nya. Anak lelakinya yang sulung dah berhenti sekolah. 3 lagi anaknya menduduki peperiksaan penting tahun ini. Saya harap dapat jumpa dia sebelum Hari Raya ini. Semoga dia diberikan rezeki dan kekuatan menempuh hidup.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Mila, boleh saya tahu siapa dan bagaimana menghubungi keluarga ini?

mila said...

Saya pernah menulis tentang kawan saya ni dalam blog saya. Ni link nya http://citracintaterindah.blogspot.com/2009/02/kepada-yang-ingin-membantu.html
Nama dia Kak Nor Azizah (0142764501)
Kg Bukit Tunggal

Kalau Ustaz sudi, saya harap dapat tolong tengok-tekgokkan anak2 dia dalam pelajaran, terutama yang lelaki tu. Saya risau sebab dia dah tak minat nak belajar.

Terima kasih ustaz.

Syamilah Mohd Shah
0122936597