Tuesday, September 29, 2009

MARHABAN DAN AKIKAH DI RUMAH AYAHANDA


Sabtu malam Ahad diadakan majlis marhaban dan berzanji meraikan akikah Batrisya dan Adam (cucu En Ghani dan cucu Ayahanda Hj Khalid, anaknya Suhaimi). Masakannya sungguh sedap, terutamanya masak manis kambing. (Sam dan Talib memang hebat, tau)

Dua ekor kambing dikorbankan dan sambutan meriah juga walaupun pada minggu pertama beraya. Maklumlah ramai yang belum pulang lagi dari kampung halaman.

Ayahanda dan Bonda nampak ceria walaupun sebenarnya mereka tidaklah segagah mana..

1 comment:

Ular Menyusur Akar said...

Terima kasih kepada mereka yang berkesempatan dan sudi hadir ke majlis pada malam itu. Saya bagi pehak keluarga dan keluarga ayahanda menjunjungi tinggi doa tuan/puan, semoga doa tuan/puan keatas cucu-cucu kami diperkenakan oleh Allah. Bagi yang tidak berkesempatan atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan, saya bagi pehak keluarga dan keluarga ayahanda dan bonda memohon ampun dan maaf di atas kesalahan kami sama ada yang dzahir atau tersembunyi. Minta juga di halalkan segala makan dan minum. Semoga Allah menkurniakan keamanan kepada kita semua.
Majlis sengaja saya susun tidak mengikut amalan biasa majlis "potong jambul". Cucu-cucu kami telah di cukur rambut sebelum 10 hari selepas kelahiran. Hanya masa tidak mengizinkan kami membuat aqiqah pada tempoh itu. Dari itu akiqah kami buat pada masa yang sesuai. Dalam majlis tersebut, ketika berselawat bayi di arak kepada setiap hadirin untuk mendapat doa restu. Majlis di akhiri dengan pengistiharan nama. Dalam majlis "cukur jambul" biasa, bayi hanya di bawa kepada orang tertentu sahaja untuk di potong jambul (tidak kurang 3 orang atau tidak lebih 7 orang). Budaya "bercucur jambul" telah mula mendapat tentangan sebahagaian masyarakat, selepas kesedaran dari "Program Keluarga Sakinah". Mereka berpendapat budaya tersebut meniru kepada budaya Hindu.