Thursday, September 17, 2009

TADARUS RAKAN MUDA


Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya anjurkan program ini pada penghujung minggu Ramadan khas untuk rakan muda. Kali ini program berlangsung dari 16 - 17 Sept 09 dengan 41 orang peserta remaja yang terlibat. Syukur.
Saya hanya meminta setiap kumpulan (7 - 8 kumpulan) membaca juzuk 30 sahaja dan terserlah keupayaan mereka membacanya. Apa yang penting ialah penglibatan remaja dalam aktiviti seperti ini, kita menyediakan ruang dan peluang untuk mereka mengambil bahagian.
Selain itu, kita juga sediakan duit raya kepada peserta terlibat... Surau kami amat bertuah kerana pengurusannya memahami nilai wang untuk diguna, nilai wang untuk dimanfaatkan kepada ahli jemaah. (Ada masjid yang simpan duit banyak-banyak tetapi tidak digunakan, rugi).

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum ustz,

Kak Nor ada beritahu saya tentang kunjungan ustz kerumahnya. Saya ucapkan terima kasih.

Saya minta maaf kalau Kak nor tak pelawa ustaz naik kerumah, sebab ruang rumahnye agak sempit dan penuh barang. Bahagian atas rumah tu sebenarnya dah uzur sangat dan tak boleh diletakkan barang. Cuma menanti roboh. lagipun dia segan nak melawa ustz naik, dia pun baru kenal ustz.

Saya mendoakan kekuatan dan ketabahan untuk dia mengharungi dugaan. semoga anak2nye juga memahami keperitan ibunya.