Friday, October 2, 2009

GEMPA DAN GEMPAR

Samoa bergegar Selasa lalu dengan kematian 149 (direkodkan), Padang, Sumatera pula bergegar Rabu lalu mengorbankan hampir 1000 nyawa. Sebahagian lagi kemusnahan oleh fenomena alam yang Allah turunkan kepada manusia. Setiap kali bencana tiba, tangisan, kekesalan, keperitan dan kepedihan yang dilangsungkan pula oleh kemiskinan meramas keselesaan manusia.

Kemusnahan alam tidak akan berakhir, ia berpanjangan sehinggalah 'kemusnahan besar' ketika tiba masanya kelak. Saat kehancuran pastinya akan tiba, sama ada kita suka atau tidak, bersedia atau tidak, endah atau tidak... semuanya pasti datang dan 'kita kembali kepada Allah'.

Bencana berurutan seperti ini tidakkah lagi mengkhabarkan akan kemusnahan yang bakal menyusul? Bencana seperti ini tidakkah lagi menginsafi manusia yang melihat, manusia yang terlibat dan manusia yang mengerti? Sampai bila lagi manusia akan kembali kepada Tuhan, kembali mentaati-Nya biar susah mahupun senang.

1 comment:

Abdul Ghani Bin Rahmat said...

Apabila Allah menghendaki sesuatu musibah di turunkan, tidak kira alim atau kurafat, beriman atau kufur yang bianasa akan di binasakan. Ada yang di lepaskan untuk menyampaikan bagaimana dahsat kekuasan Allah bagi mereka yang mengerti. Lalu di pertunjukkan kekuasan itu kepada yang melihat bahawa bumi terbelah, masjid dan 400 ratus orang di dalamnya di telan bumi,laut menjadi surut, bumi bergegar, kenderaan terhuyun hayang, maknusia tercampak dari bangunan tinggi, ibu-ibu meratapi anak yang hilang atau mati. Ada juga di beri kehidupan walaupun setelah di timbuni himpunan mayat keatas dirinya. Ilmu maknusia masih lagi cetek. Ahli sain telah dapat mengkaji dan menjangka peristiwa itu. Walau bagaimanapun Mereka terkejut kenapa tidak 10 tahun lagi? Dari itu banyak lagi ilmu Allah yang perlu di cari oleh maknusia. Sesungguhnya peristiwa pada hari itu bukannya hukuman Allah tetapi fitrah yang telah di tetapkan. Dan maknusia perlu terus membuat kajian ilmu-ilmu yang msih lagi tersembunyi.