Wednesday, October 14, 2009

HANIS ZALIKHA


Dia adalah pelajar saya yang baru dikenal. Pada awal semester, tidaklah dikenal siapa pelajar ini.. Saya memberikan tugasan aasigment kepadanya tentang blog sebagai medium dakwah.

Selanjutnya ada pula projek menghasilkan buku kecil berjudul Sejambak Kasih buatmu Ayah/Deddy.. Semua tugasan siap dan saya kira OK dengan tugasan yang diberi. Malah buku itu cepat dapat diedarkan kepada kelas mereka.

Hanya setelah semua projek siap, baharulah saya kenal dan diperkenalkan dengan pelajar ini.. Seorang pelakon dan modeling juga. Blognya diikuti lebih 2700 follower yang tentunya menjadi medan 'dakwah' yang baik untuk dicanangkan. Akhirnya, banyak yang saya belajar daripadanya dan terima kasih atas bantuan yang diberi.

Semoga dia beroleh kecemerlangan dalam hidup dan tentunya harapan kita untuk melihatnya sebagai agen perubah yang baik dan berkesan dalam bidang yang diceburinya.

2 comments:

Ahmad Che Yaacob said...

Sebagai seorang pendidik, tugas tuan amat mulia. Tuan mudah dirapati pelajar dan pastinya tuan adalah agen dakwah yang ampuh. Sampaikan ilmu dari sisiNya kepada semua tanpa mengira siapa khalayaknya. Tuan punya follower/murid pun boleh tahan jugak mengalahkan artis.

joegrimjow said...

insyallah

kadang kena buat ikut logik untuk berdakwah ni
dan yang best, islam SEMUANYA kena dengan logik kehidupan manusia