Wednesday, October 7, 2009

MARHABAN DI RUMAH





Malam tadi kami menerima tetamu yang agak ramai dari Surau Al-Muhajirin, jiran dan rakan-rakan sekolah Shida. Ruang rumah penuh jemaah beraya dan marhaban. Sebelumnya kami bermarhaban di rumah Sdr Faizul. Malam ini dua rumah sahaja, berbanding malam sebelumnya sembilan buah rumah.

Menu utama nasi ayam ditempah daripada En Idris; Shida masak bihun sup asam, agar-agar dan ketupat palas. Ketupat palas begitu sinonim dengan kami, bagaikan kemestian pula jadinya. (Tidur dua jam utk siapkan cucuk ketupat, sebelumnya...).

Makan-makan bukanlah keutamaan, ziarah dan bermaafan menjadi pati pada mulianya Syawal. Gembira amat apabila ramai yang datang dan menghulurkan salam kemaafan, erat berhubung bagaikan sebuah keluarga yang besar. Ketulusan rakan-rakan bersalaman menyuntik benih syukur dan kasih kepada mereka.

Kawan-kawan Shida berbual panjang termasuklah Pengetuanya, Puan Hajah Zainab dan kami terasa keakraban pada tali ukhuwah ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

Berkemas hingga awal pagi..

2 comments:

Budak Nakal TY said...

Salam,

Terima kasih atas penerimaan kunjungan (diakhiri dgn Aminan doa makan yang kuat dari luar) serta hidangan yang lazat....power beb!
Gear box...terangkat!

Salam Maaf Zahir & Batin buat Ustaz, Kak Shida serta keluarga.

Abdul Ghani Bin Rahmat said...

Aura

Saperti dalam sastera lama; Tetak dahan mengkudu, tetak tekan tekankan, yang dekat datang dahulu,, yang jauh pesan-pesankan, yang bertelur tinggalkan telur, yang beranak tinggalkan anak, yang buta datang berpimpin, yang patah datang bertongkat, yang bisu tertanya-tanya, yang pekak mecucuh meriam, datang berkampung ke balai Raja Sulaiman, turun berkampung kerumah “Ustas.”


Syair Siti Zubaidah.

Berhimpunlah manusia kecil besar ,
Ke dalam kota masuk bersasar ,
Penuh sesak lorong dan pasar.

Sekalian berhimpun isi negeri ,
Ramainya tidak lagi terperi ,
Mana yang buta berpimpin jari ,
Orang yang patah tongkat dicari.