Monday, October 5, 2009

NASI AYAM MUSTAFA GEMAS DI TY



Akhirnya dia berjaya membuka cawangannya di Segamat setelah bekas stafnya terlebih dahulu 'mencuri' resepi dan membuka cawangan di Taman Yayasan. Kedua-duanya nasi ayam Gemas. Tuan Hj Mustafa mungkin terbatas jangkauan perniagaannya, tidak nampak peluang yang perlu direbut, namun ia bukanlah terlalu lewat untuk melangkah lebih jauh.

Kami dijemput pada majlis pembukaan Ahad lalu, 4 Okt)

Tahniah kepada beliau yang masih setia memotong ayamnya dengan kunjungan tetamu yang ramai. (Saya pernah meminta PUan Noraini pelajar PLK membuat assigment ttg perniagaan beliau, dan banyak perkara yang dimaklumi ttg perniagaannya). Semoga beliau berjaya melangkah jauh.

8 comments:

Ainol Hasanal @ Ilham Ainol said...

Salam kunjungan Ustaz,

Memang enak dan puas menjamah Nasi Ayam Mustafa Gemas nih! Saya gemar mencubanya semenjak bulan Ramadhan tahun lepas lagi.

Terima kasih kerna sentiasa memberi galakan dan dorongan sehingga sajak saya terbit dalam akhbar Berita Harian pada 3 Okt 2009 lepas.

Ustaz pun kena jiayou!

Fitri Fadzil said...

Salam ustaz,

Boleh sy tau kdainye d mne??

Ahmad Nawawi Yaakob said...

DI Taman Yayasan, berhampiran Petronas; pada blok yang beriringan dengan jalan besar; jalan Segamat Kuantan..

Ular Menyusur Akar said...

Perhatian, ada 2 restoran Nasi Ayam Gemas dan kedudukannya berhampiran. Restoran yang di maksudkan oleh Ustas ialah @Mustapha (original).

peruz said...

terima kasih byk2 kepada ustaz kerana menyokong pernigaan kami....alhamdulillah pernigaan kami bertambah ke caw yg baru...terima kasih sekali lagi kerana berkesempatan mengunjung ke cawangan baru bulan lepas...

Anonymous said...

sy student salah satu U di Malaysia dan ambik subjek keusahawanan....sy org segamat... N kalau boleh sy nk jalankan asgmnt yang diberikan dgn restoran owner ni....tp sy tak tau nk contact drg mcmane....

dilla said...

askum cam mana kalau saya cuba hendak membuka cawangan nasi ayam gemas di tempat sy bolh bg contact no ke sy amat berminat untuk berniaga

Anonymous said...

sy ingin menawarkan kedai utk disewa di Bandar Salak Tinggi, Sepang. mungkin Nasi Ayam Gemas boleh buka cawangan baru disana memandangkan buat masa ini cuma ada 1 kedai mkn dikawasan lot kedai tersebut. terdapat office TNB, Majlis Perbandaran Sepang, IKBN, kilang2 dan berdekatan dengan kawasan perumahan. tempat yang strategik, tepi jalan utama ke nilai dan KLIA.

contact no: 012-6077551