Monday, October 26, 2009

TEATER 'SRIKANDI TANAH JAUHAR'




Jumaat petang (23 Okt) kami bertolak dengan sebuah bas ke Auditorium RTM untuk menyaksikan teater ini, tajaan DBP dan RTM di bawah seliaan Puan Rahimah Muda, seorang pengarah teater yang berbakat besar.

Perjuangan 'wanita' dalam lipatan sejarah Melayu tidak banyak diserlahkan. Tun Fatimah yang menjadi mangsa kerakusan Sultan Muzafar Shah membunuh keluarganya; Tun Mutahir. Pengaruh luar dari kalangan 'keling' (Koja Hasan) dan Portugis melemahkan lagi institusi kesultanan Melaka. Akhirnya pejuang MElayu hanya dilabelkan sebagai lanun, sedangkan penjajah itulah bertuankan bangsa kita.

Sampai bila?

2 comments:

Siti zaiton said...

Banyak Cabaran agaknya dalam Srikandi Tanah Jauhar, saya lihat Produksi yang dikelolakan oleh Persatuan Teater KESUMA-i merupakan tunggak utama dalam melahirkan keindahan cerita, skrip hanya garis panduan sahaja, tetapi kemantapan lakonan adalah tunggak kejayaan para pelakon, ssaya sebagai pengiat teater (walaupun tidak aktif) faham benar dengan situasidalam pembikinan teater, terkejut juga apabila lahirnya wanita sebagai pengarah di Johor tetapi saya tabik, aktivis teater seperti KESUMA-i memang selalu memberi peluang kepada semua, tapi paling utama pengerusi KESUMA-i En.Mohd Razif Adnan, penggerak teater Johor, tanpanya siapalah kita.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Puan Siti Zaiton, sy kira penggiat teater perlu bersatu utk memperbanyakkan lagi seni teater khasnya utk 'menjual' warisan budaya kita ke khalayak. Saya gemar menonton, namun tiada upaya membantu selebih daripada itu. Harap-harap Puan Siti Zaiton dapat berperanan. Salam pengenalan.