Semalam Shida mula buat blog. Katanya malas nak tulis-tulis, tak ada apa yang hendak dikongsikan. Saya bantu uploadkan bahan dan foto, terbitlah blog TINTA HATIKU.
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama..
Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977)
Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981)
Kolej Islam Kelang (1982-1985)
UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990)
UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000
Kerjaya:
Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM)
Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM)
Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91)
Tutor UKM (1990-1991)
UiTM Sabah (1991 -1996)
UiTM Johor (1996 - kini)
Layari juga laman Surau Al-Muhajirin seperti link di bawah.
Projek pembinaan bilik guru/kakitangan memerlukan dana sumbangan tuan puan. Sumbangan saudara/i boleh disalurkan ke Badan Kebajikan Sekolah Agama Buloh Kasap, Bank Muamalat Segamat, No: 0105-0000466-71-8
Atau hubungi saya (Pengerusi Badan) di talian 013-7759965
Atau cek atas nama Badan Kebajikan Sek Agama Buloh Kasap dialamat; Sek Ag Buloh Kasap, 85010 Segamat, Johor, Malaysia.
"Tidaklah kamu mencapai KEBAIKAN sehinggalah kamu menafkahkan apa yang kamu kasihi..."
Followers
TIPS BAHASA MELAYU
16. 'Para' dan 'para-para'. "Para' merujuk kepada sekumpulan orang, maksudnya ramai orang. 'Para-para' ialah tempat khas untuk diletakkan barang; seperti para dapur, para pinggan. 'Para-para guru' tentulah salah penggunaannya, sila betulkan menjadi 'para guru'. Tidak kena juga jika digandakan objek, seperti 'para guru-guru' kerana 'para' telah membawa maksud ramai dan gandaan pada guru memberi maksud yang sama.
15. 'Lakon' atau 'lakun'? Gunakan 'lakon' seperti ayat; Mas Muharni diperkenalkan sebagai pelakon menerusi filem Wayang.
14. 'Perlantikan' atau 'pelantikan'? Kalimah 'pelantikan' adalah tepat.
13. 'Sayugia' atau 'seyogia': Biasa kita menulis dan mendengar orang menggunakan 'sayugia' sebenarnya yang betul ialah 'seyogia'.. tidak percaya? Rujuk Koleksi Lembar Bahasa Bil 1, DBP 2006.
12. 'Telur' dan 'telor': 'Telur' ialah telur haiwan atau manusia, contohnya telur ayam, telur goreng dsb, manakala 'telor' ialah percakapan yang tidak jelas, percakapannya telor yakni tidak baik sebutannya.
11. 'Sekadar melepaskan batok di tangga'. Batok adalah gayung diperbuat daripada tempurung kelapa digunakan untuk membasuh kaki. 'Batuk' ialah penyakit, gunakan perumpamaan yang betul; ..melepaskan batok di tangga
10. 'Menyintai' atau 'mencintai'? Gunakan 'mencintai' sebagai kalimah yang tepat untuk BM.
9. Nama Allah dan gantinama Allah hendaklah dihurufbesarkan dan disengkangkan; eg; 'Aku mengadu kepada-Mu Tuhan, Kaulah yang menerima taubatku.'
8. 'Sama ada' atau 'samada'? Gunakan kalimah yang betul iaitu 'sama ada'.
7. 'Ramai pelajar-pelajar' adalah gandaan yang salah. Yang betul; 'ramai pelajar' kerana perkataan 'ramai' telah menjelaskan maksud gandaan. Begitulah contoh yang lain..
6. 'Pelaksanaan' bukannya 'perlaksanaan'.
5. 'Antara' dan 'di antara'. 'Di antara' digunakan pada ayat menunjukkan dua tempat/lokasi sahaja (eg Rumahnya terletak di antara dua bangunan itu/ jalan itu/) 'Antara' digunakan pada ayat selainnya (eg Isu perkauman antara isu yang hangat dibicarakan pada masa kini)
4. 'Di' atau 'pada'. 'Di' digunakan pada tempat/lokasi, 'pada' digunakan pada masa. Contoh ayat; Di Sungai Besar... Pada ambang Ramadan, pada musim perayaan, pada hari Isnin lepas...
3. Ramadan atau Ramadhan? Tentunya RAMADAN kerana itulah lidah pertuturan Melayu walaupun berasal dari kalimah 'dhad'.
2. 'Di kalangan' atau 'dalam kalangan'
'Dalam kalangan' adalah lebih tepat seperti ayat; Kita harapkan dalam kalangan umat Islam lahir pemimpin bertaraf dunia.
1. 'Dari' dan 'Daripada'
Dari menunjukkan tempat, daripada menunjukkan daripada seseorang/ sesuatu. Contoh ayat: Dia menerima sepucuk surat daripada ayahnya dari Kelantan.
1 comments:
Tahniah Kak Shida!
Semoga idea serta komentar yang bakal dicetuskan dapat mewarna serta mencantikkan dunia blog yang penuh dgn polemik.
Post a Comment