Thursday, November 12, 2009

PERSATUAN PENULIS JOHOR (DAERAH SEGAMAT)

PPJ Daerah Segamat agak lama tidak bergerak, mungkin bergerak tetapi tidak dijelmakan dalam bentuk nyatanya. Sebagai usaha untuk menghidupkan kembali PPJ Daerah Segamat, kami akan adakan satu pertemuan pada 13 November 2009, jam 3.00 petang di UiTM Johor Kampus Segamat.

Tujuannya untuk menyatukan kembali ahli dan bukan ahli (yang berminat) untuk menggerakkan kembali NGO ini.

Saya harap rakan-rakan kita di luar sana dapat menghadiri majlis pertemuan ini. Datanglah untuk kita lakukan sesuatu untuk bangsa tercinta.

2 comments:

Unknown said...

bestnye kalau dpt datang.....

abu naim said...

tahniah kpd sdr dan rakan-rakan yang menguruskan pertemuan ini. Teringin sangat nak datang, tetapi waktu itu saya ada mesyuarat rasmi di luar daerah. Maaf sangat! Saya menyokong penuh usaha untuk menghidupkan PPJ Segamat dan sedia bekerjasama jika diperlukan.