Tuesday, December 29, 2009

PERTEMUAN PPJ SEGAMAT

Insya-Allah PPJ Segamat akan mengadakan pertemuan pertama dengan ahli dan bukan ahli (terbuka kepada orang ramai) pada 17 Januari 2010 (Ahad) bertempat di Perpustakaan Daerah Segamat, Segamat Baru bermula jam 3 petang.

Selain sesi perbincangan, akan diadakan deklemasi sajak dan pengucapan beberapa tokoh setempat. Saudara-saudari berminat untuk turut menyumbangkan artikel, sajak, cerpen, sila hantar segera (sebelum 1 Jan 2010) untuk dimuatkan dalam satu makalah kecil terbitan PPJ Segamat..

Kebetulan dalam Mesyuarat Agung PPJ di Kota Tinggi 27 Dis lalu, saya terpilih sebagai salah seorang AJK-nya... Ini ruang baru untuk dikembangkan sumbangan kita).

Selamat bersidang.

No comments: