Tuesday, January 12, 2010

YUNA.. DAN SEBENARNYA

Shida kata lagu Dan Sebenarnya adalah lagu orang malas, macam malas nak menyanyi.. Memang rentaknya agak 'malas' dan terlebih santai. Namun lagu ini terpilih di tempat kedua selepas lagu 'Pergi.'

Saya tidak berkesempatan mengikuti perkembangan lagu semasa, tak sempat nak dengar radio dan kenal penyanyi itu dan ini.. Berbanding anak-anak dan remaja yang tentunya terlebih tahu segala lagu dan penyanyi.. Malah si Nuha yang baru Tahun 2 pun tahu nyanyi lagu itu ini ketika menonton AJL baru-baru ini..

Mengikuti AJL adalah ruang untuk mengenal artis pujaan remaja, dan ia serba sedikit boleh dijadiakn bahan eceran ketika berkuliah. Namun saya tersentuh dengan lagu 'Pergi' yang ternyata membangkitkan rasa 'keharuan' pada satu pemergian yang abadi.. Terkenangkan sabahat kita si IJOT dan Zaharudin yang baru ditinggalkan anak lelaki mereka berusia 10 tahun, cuma. 'Pergi' itu suatu yang pasti, semoga pemergian kita dicatatkan dalam kalimah yang baik, selamanya.

No comments: