Tuesday, March 9, 2010

EL-SURAYA LIRIK AKHIR HIDUP

Lirik ini hampir sama dengan lirik Selimut Putih, pengkisahan pada akhirnya hayat manusia. Indah dan memberi seribu keinsafan..


AKHIR HIDUP

Bila Izrail datang hampiri
Tinggallah harta emas dan perak
Nafas terhenti lemahlah diri
Jasad terbaring tidak bergerak

Tiada lagi teman ketawa
Tinggallah pangkat harta melimpah
Ke tempat sunyi jasad dibawa
Dalam keranda dibawa indah

Di liang lahad muat seorang
Gelapnya wahai tidak terperi
Selesai tanah ditimbus orang
Tinggallah badan seorang diri

Segala harta dan menantu
Tidakkan dapat mengambil alih
Hanyalah amal dapat membantu
Dan doa dari anak yang solih

2 comments:

syafinaz said...

ana suke lagu nie ..
<3

Anonymous said...

dalam keranda di bawa pindah..