Friday, March 12, 2010

SYEIKH TANTOWI

Sabda Rasul s.a.w. bermaksud: "Allah tidak akan mencabut ilmu itu dengan mencabutnya dari dada seseorang, tetapi Allah mencabutnya dengan mematikan para ulama."

Kini seorang lagi ulama dunia Islam kembali ke pangkuan Rabbnya.

Shekh Al-Azhar, Al Imam Al Akbar, almarhum Dr Mohamad Sayyed Tantatawi meninggal dunia semalam, 10 Mac 2010 bersmaan 24 Rabiul Awal 1431 pada usia 82 tahun.

Tidak adalah kesudahan yang paling baik bagi almarhum melainkan dapat dikebumikan di perkuburan Baqi" di Madinah, bersama para sahabat dan keluarga Rasulullah saw, disembahyangkan di masjid Nabawi, masjid Haram yang kedua bagi orang Islam.

Benarlah Firman Allah, seseorang itu tidak tahu di bumi mana ia akan mati. Shekh Al-Azhar telah melangkah masuk ke pintu kapalterbang di aport Riyadh dalam perjalanan pulang ke Mesir sekembalinya dari menghadiri acara rasmi di Riyadh, acara meraikan para ulama dan tokoh2 akademik menerima anugerah dari kerajaan Saudi.

Allah mengarahkan malaikatul maut supaya kesudahan hidup Shekh al-Azhar disempurnakan di bumi Rasulnya, disemadikan jasadnya di tanah perkuburan Rasulnya, dimasukkan jasadnya berdekatan para sahabat Baginda, tidak jauh dari maqam Baginda SAW.

Inilah kesudahan seorang Shekh yang amat disayangi oleh seluruh umat Islam, malah bukan Islampun amat menghormatinya dan menyanjung beliau.


Semasa menjadi Shekh Al-Azhar, almarhum tidak kurang juga menerima celaan dan tentangan dari mereka yang tidak sependapat dengannya. Sebahagian dari celaan dan tentangan itu datang dari maklumat yang salah, tidak tepat, dan tidak kurang juga kejahilan mereka yang menentangnya.

Kini Allah membuktikan kepada semua umat di dunia ini bahawa Hadith Rasulullah SAW bahawa sesungguhnya amal dan pekerjaan seseorang itu ialah kesudahannya. Kesudahan Shekh Al-Azhar adalah kesudahan yang amat mulia, menabur bakti di bumi Mesir, menjangkau manfaatnya keseluruh pelusuk dunia dan berakhir amalannya dengan disemadikan jasadnya disisi para Sahabat dan keluarga Rasulullah SAW di tanah perkuburan Baginda di Baqi", Madinah Munawwarah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd. (PM Dr Hasan Basri, UM)

No comments: