Thursday, April 8, 2010

HULU SELANGOR MILIK KEKAL MIC

Akhirnya Najib memutuskan untuk meletakkan calon MIC pada pilihanraya kecil Hulu Selangor, dan menamatkan desas desus untuk dikembalikan kepada UMNO. Pengumuman Najib di hadapan sebahagian pengundi HS ternyata tidak disambut dengan tepuk gemuruh, sekadar bertepuk kerana perlu bertepuk sahaja.

Alasan utama Najib adalah untuk menjadai setiakawan BN yang sedia tersemi begitu lama. Setiakawan perlu dijaga, soalnya adakah MIC juga punyai setia kawan yang cukup tinggi setinggi UMNO? Adakah keputusan ini hanya mengundang kekalahan BN lagi, kekalahan sebelum bertanding, kekalahan pada perulangan yang sama; SALAH PILIH CALON.

Apakah ia juga menampakkan UMNO semakin hilang arah, hilang keberanian untuk berubah dan membuat sesuatu untuk kebaikan BN? Dalam MCA dan MIC yang bergelora, mahu lagi memperjudikan sesuatu yang pastinya akan hilang dan kecundang. Sampai bila Melayu akan berani bertindak, berani berubah, berani mempertahankan hak dan maruah mereka sendiri? UMNO... ibarat kata P Ramlee... sarkas..

Kita impikan kepimpinan dan kekuatan Melayu yang sejati, kuat untuk mempertahankan ummah dan agamanya.

3 comments:

zm.azami said...

Asalam,

Saya amat bersetuju dengan apa yang tuan katakan. UMNO terlalu bertolak ansur, dan terlalu menjaga 'hati'

sebaliknya bila di perhatikan adakah parti lain didalam BN mengamalkan prinsip UMNO yang bertolak ansur dan menjaga 'hati'. jawapannya TIDAK sesekali TIDAK.

orang tolak kita ansur kebelakang, orang tolak lagi, kita ansur lagi kebelakang. lama-lama ke gaung kita...

Izinkan saya siarkan artikel ini di blog saya.

sekian wasalam

minouri shirota said...

salam.setuju sesangatnya apa yang tuan bicarakan,asyik nak ambilhati dia orang aje tapi hati orang Melayu tak pernah nak jaga,kita memerlukan pemimpin yang berani berjuang untk hak orang melayu,

Ular Menyusur Akar said...

Salam,
Kebijaksanaan DS Najib menentukan calun PRK Hulu Selangor patut di puji. Saya tidak fikir dengan mengurangkan 1 wakil Melayu, Islam akan layu di bandingkan dengan fitnah rakan menikam dari belakang. Apa guna menang 1 di Adun tetapi di hukum pada PRU 13 kelak.

Terdapat desakan dari kalangan ahli UMNO supaya calun di gantikan dengan wakil UMNO. Mereka tidak berpuas hati dengan tindak tanduk G Palanivel sehingga 6,000 undi UMNO lari ke parti pembangkang pada PRU12.

Umno juga ada beberapa calun yang di cadangkan. Ke bijaksanaan DS Najib telah memilih MIC tetapi calunnya adalah pilihan beliau sendiri. Ini bermakna, walaupun calun dari MIC tetapi dia adalah proksi UMNO juga. Nama calun yang setakat ini di dengar adalah V Mugilan, Naib ketua Pemuda MIC, seorang yang mempunyi pendidikan tinggi dan anak tempatan yang di lahirkan di Ladang kerling.
Dengan ini DS Najib dapat memecahkan puak-puak yang menyokong kepada beberapa orang calun yang di cadangakan oleh MIC Pusat dan MIC Negeri. Begitu juga calun-calun dari UMNO sendiri. Teringat saya sejarah Nabi SAW menyelesaikan pertingkahan kabilah-kabilah arab ketika mereka berebut-rebut untuk meletakkan Hajjar Aswad ketempatnya. Nabi sendiri yang mengangkat dan meletakan sendiri batu tersebut.
V Mugillan telah di terima oleh semua peringkat akar umbil UMNO Selangor.

GAP (Gerakan Anti Pakatan) mulanya melenting apabila DS Najib mengumumkan bahawa calun PRK Hulu Selangor ialah wakil MIC. Beliau berhasrat untok menjadi wakil bebas menentang calun UMNO dan PR. Selepas V Mugila di beritakan menjadi calun, GAP telah mengistiharkan akan menyokong BN habis-habisan. Syabas anak muda.

agbr47: agbr47 akan bersama-sama GAP di musim kempen KPR HS untuk memastikan BN Menang.

PS: jika untuk carian topic APCO, CFR dan Islam Liberal, sila lawati http://beritamalaysiakini.wordpress.com. Blog dari http://kickdefella.wordpress.com juga patut di baca.