Tuesday, April 6, 2010

KOMUNIKASI 'MENGARAH' ATAU 'MEMINTA'

Satu SMS saya dapat pagi ini; "Salam....sila hantar tuntutan xxxx di unit xxx SEKARANG.."

Komunikasi melambangkan kebijaksanaan walaupun tentunya saya sendiri masih banyak khilaf dan kurangnya. Komunikasi dalam pengurusan tentunya memberi impak besar kepada organisasi dan diri pelaku berkenaan. Lazimnya seorang ketua selayaknya menggunakan bentuk 'komunikasi mengarah' sebaliknya seorang yang biasa-biasa, sebaiknya menggunakan 'komunikasi meminta' atau 'komunikasi bertanya' yang nampak lebih manis dan terhormat.

Dalam hal ini, kelaziman kita menggunakan pelbagai ragam komunikasi telah menghilangkan pertimbangan wajar ketika berkomunikasi, yang kadang kala rakan yang lebih rendah jawatannya daripada kita, seakan-akan boleh digunapakai penyerlahan bahasa yang kurang enak dan sesuai. Bentuk komunikasi meminta atau bertanya ternyata lebih lunak dan sopan berbanding komunikasi mengarah yang tentunya mewujudkan jurang antara seorang ketua dengan orang bawahannya.

Dalam sesebuah organisasi, saya kira kita lebih senang mengajak orang untuk bekerja bersama kita, bukan lagi bekerja untuk kita. Wallauaklam.

3 comments:

Rina Najib said...

Bersetuju dengan pendapat anda, ini boleh mengelakkan dari berlakunya MISKOMUNIKASI.

Rina Najib

Hanis Zalikha said...

Betul ustaz!!! Annoying bila seseorang nak kita buat sesuatu yang penting untuk dia, tapi buat kita rasa macam eh eh eh kau ni, aku tak buat kang padan muka.

Anonymous said...

salam ustaz...lain macam jer sms tu...

sabor jer ustaz...