Monday, April 5, 2010

SK LADANG WELCH



Program Maulid di SK Ladang Welch telah lama berlangsung; pada 28 Mac lalu. Saya teruja sangat dijemput ke sana, mahu melihat persekitaran kampung dan ladang yang dikatakan agak jauh ke dalam. Sebenarnya ia tidaklah jauh sangat. Melalui jalan ladang dan getah lewat Pekan Jementah. Dalam 15 minit samapilah ke SK berkenaan dr Jementah.

Masjid Ladang Welch bercat jingga, dan satu lagi masjid Kg Sri Ledang agak jauh ke dalam. Kampungnya kekal dengan limpahan hutan dan kebun, dingin sejuk terasa di kaki banjaran Pergunungan Ledang. Ceramahnya biasa-biasa sahaja namun masyarakatnya amat baik dan seronok didekati.

Pokok getahnya bertudung, so sesiapa yang tak bertudung nampak gaya lebih teruk daripada pokok getah.. he he..

2 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz.....yang berdekatan dengan Masjid Ladang Welch ialah Masjid Kg Bukit Kledang dan BUKANNYA Masjid Kg Sri Ledang.

Lan

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Terima kasih Lan atas pembetulan berkenaan.. saya pun tidak berapa ingat nama berkenaan... tapi cikgu kat situ bagus-bagus, komited.