Friday, May 7, 2010

MARKING

Memeriksa kertas jawapan pelajar adalah rutin setiap pendidik; baik cikgu mahupun pensyarah. Masa dan ketika ini dianggap klimaks kepada pengajaran dan pembelajaran. Namun pada penghujung semester juga, banyak perkara yang perlu disiapkan dan tentunya masa itu perlu diadakan supaya kita tidak menyalahkan masa pada semua keadaan.

Saya pernah datang ke ofis untuk marking selepas Isyak dan pulang pada jam 2 pagi. Lega apabila sebahagian besar tugas hakiki terlerai. Kali ini kita diperkenalkan sistem up-load markah secara on-line. Mudah dan ringkas. Hanya kerana ia pertama kali, tentunya kekok dan banyak yang perlu dipelajari.

Baru semalam saya pulangkan bundle, bererti tugasannya berakhir.

Melihat-lihat kalender Mei dan Jun, ternyata tiada ruang untuk berehat atau bercuti. Semalam email dari Sarawak dan Shah Alam memaklumkan penerimaan abstrak untuk seminar. Lagi perjalanan yang perlu dibereskan tanpa henti.

Hari Keluarga CITU dijadualkan pada 15 - 16 Mei di Port Dickson. Ia juga perlu diuruskan.

"Bekerjalah kamu kerana Allah, Rasul dan orang beriman akan melihat (menilai) amalan kamu." (maksud firman Allah yang saya khutbahkan pada minggu lepas).

** OPP Hari Ibu jangan lupa pada Ahad ini..

No comments: