Thursday, May 20, 2010

PULAU BATU PUTIH.. KEMBALIKAN HARTA KITA


Sudah dua tahun Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura. Selama itu juga kita terleka dan tidak pernah berniat untuk mengambilnya kembali. Masih ada lagikah impian rakyat Malaysia, khasnya rakyat Johor untuk mengambil kembali Pulau Batu Putih?

Jika ia, ayuh mari kita lakukan sesuatu. Jika ia perlu dibayar dengan harga yang mahal sekalipun, itulah yang kita perlu lakukan, daripada membiarkan tanah milik kita kekal jatuh ke tangan orang.

Tegakah kita membiarkan persempadanan kita semakin kecil sedangkan khazanah laut dan keselamatan negara terancam dan dikuasai orang lain. Semua pihak perlu bertindak dan lakukan sesuatu.

Kesilapan (atau kebodohan) bangsa kita ialah kita tidak mampu melihat jauh menjangkaui zaman. Kita hanya melihat untuk kepentingan semasa, oleh kerana Pulau Batu Putih terlalu jauh (pada masa itu) untuk diurustadbir, maka kita serahkan kepada British (dan pihak lain). Akhirnya hujahan itulah yang diterima oleh pihak peguam.

2 comments:

Basuh Baju said...

sultan dulu pun senang2 bagi singapore, penang dan melaka kat penjajah....inikan pula kerajaan sekarang senang2 je..asih

Anonymous said...

Sakit hati nak crite, Lu pikirla sendiri... Inilah ertinya sebuah perjuangan bangsa... Moral/nilainya mudah tergadai pasal sape yang pantau hati... tarak... Tapi kalu Islam sbg Din nilainya, insyaAllah pasti makin dijaga tanah tu atau pulau tu... sebab ada yang pantau hati tu, Allah... ditambah lak lagi ngan ada value jihad dalam dada... Hebat jadinya... reverse sikit camne jatidiri Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dll... Pergh! Hebat betol... Kaya raya (kecuali 'Ali)berbilion-bilion wang / harta tapi sikit pon tak cintan pada tu semua. Rasanya dorang semua tak bawak gagasan bangsa... Allah Maha Tahu...