Monday, June 28, 2010

BEIJING 12 - 18 JUN 2010





Kali pertama berkesempatan menjejak kaki ke negara China, khasnya Beijing suatu pengalaman yang menarik. Tamadun lama ini ternyata jauh lebih tersusun, kemas dan kaya dengan nilai estetika. Pemuliharaan budaya bangsa amat diperhalusi. Elemen luar agak sukar menembusi warga China dengan kawalan media dan internet yang agak ketat. Malah untuk mengunjungi Beijing Foriegn Studies University agak sukar selain dari melihat bangunan dari luarnya sahaja.

Namun mereka punyai segalanya. Segalanya adalah bikinan China, baik kereta, jentera, bangunan dan apa sahaja produk, semuanya berlabelkan China. Itulah kehebatan mereka. Barangan luar boleh dibenarkan masuk melalui kilang/ industri yang berlabelkan China sahaja. Dan semua industri dunia mahu melabur di China.

Realiti agama kurang diserlahkan. Kesan komunis ketara terserlah. Tiada tokong atau masjid sepanjang perjalanan sebagai perlambangan keagamaan, sedangkan di Malaysia tokong dan kuilnya bersepah hingga ke tepi jalan. Jalan raya lancar dan kurang terjadi kemalangan. Motorsikal tidak dibenarkan, jika adapun hanya lesen terhad sahaja. Basikal bateri banyak digunakan. Lori-lori besar dikawal laluannya yang berjaya mengurangkan kes kemalangan dan kesesakan.

Banyak perkara yang terselindung dan perlu diketengahkan dalam kita mencontohi sebuah tamadun besar seumpama ini.

No comments: