Wednesday, June 30, 2010

SEDIKIT SUMBANGAN DIHULUR





Sekolah Kebangsaan Mukut hanya dihuni 18 murid, dan jumlahnya kadang-kadang bertambah dan berkurang. Kami menghadiahkan buku-buku bacaan untuk mereka, sempat juga saya berinteraksi spontan sambil menyanyikan nasyid 'perpisahan'. Anak-anak di sini mudah mengenal 'ustaz'.. sekali tegur sudah berbekas di hati..

Masjid Kg Mukut (wilayah Pahang), indah dan cantik. Hanya jemaahnya sahaja amat berkurangan, barisan kami yang memenuhi saf dan seorang warga setempat. Bil letriknya mencecah RM350 belum berbayar dan kami membuat kutipan dan dapat dilunaskan sejumlah RM335, alhamdulillah dan terima kasih kepada peserta.

Musim buah pelam masih berbaki dan kalau mahu makan, makanlah sepuasnya. Orang Mukut sudah tidak hairan lagi dengan pelam yang gugur.. Kak Ju membekalkan saya sekarung pelam pulau untuk dibawa pulang. Terima kasih...

Oh rupanya, pelajar UiTM Johor juga ada di sini, sdri Ila pelajar diploma pengurusan. Syukurlah ada anak-anak Mukut yang berjaya dan cemerlang.

No comments: