Wednesday, July 14, 2010

LADY GAGA, MARIAH CAREY DAN CELINE DION SOLAT BERJEMAAH

Menarik. Bukan sahaja jemaah biasa-biasa, malah Lady Gaga, Mariah Carey dan Celine Dion turut solat berjemaah di masjid dan surau. Bukan solat betul-betul, hanya kadang kala terdengar nada dering (handphone) artis berkenaan yang turut solat berjemaah.

Seronok pun ada, tak suka pun ada.. Bayangkan tengah kita solat; bersendirian atau berjemaah, tiba-tiba kedengaran bunyi lagu 'My heart will go on', alangkah tragisnya solat kita. Mahu diikutkan sama nyanyian lagunya atau mahu diteruskan bacaan yang sepatutnya dibaca? Atau barangkali baca dan ikut serentak! kan kita orang hebat!

Rumusannya, eloklah dimatikan handphone ketika masuk ke surau atau masjid, dan lebih baik kalau nada deringannya hanya yang biasa-biasa sahaja.. Kalau terbunyipun, tidaklah janggal sangat.. Manakan tidak Lady Gaga sedang solat berjemaah!

9 comments:

Zaza Hermosa said...

betul tu ustaz..sekarang orang sekarang tak memikirkan perkara yang senang macam ni..seeloknya tak payah bawak langsung handphone tu ke masjid or surau.

Zaza Hermosa said...

betul tu ustaz..orang zaman sekarang tak pernah nak memikirkan perkara yang senang macam ni..seeloknya tak payah bawak langsung handphone tu ke masjid or surau. itu lebih baik..

Ilham Ainol said...

Salam jengah ustaz,

Nasib baik ustaz tidak dikejutkan dengan terjahan suara rappers yang aggresif berkhutbah,atau adakalanya berdesing cuping telinga saat mendengar suara kucing terpekik ekor terpijak,atau tergiur mendengar bujukan syahdu 'Marylin Monroe'...hehehhhee

Nampaknya solat kita semkin kurang khusyuknya angkara kecanggihan teknologi?

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Begitulah adanya. Teknologi satu kelebihan, hanya kita yang 'tahu' menggunakannya..

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

haha..ingatkan betul2 diorang solat hehe

lan said...

salam ustaz...klu dah tau nak solat "off" kan la HP tu betul tak ustaz ?

Hanis Zalikha said...

Comelnya peringatan ni. Ditulis dengan comel!

Nurzeatul said...

Salam ustaz,

Nampaknya Lady Gaga pun 'join' kelas saya la, hmmm belajar maths..

Tahniah ustaz

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam ustaz yang dihormati. tahniah! dengan kelahiran puteri pada 22.7.10.

cerita tentang hp berbunyi kala solat, saya bersolat jumaat di larkin. rasanya jemaah peka & mengambil berat. LG, MC atau CD tidak berjemaah sama.he.he.