Saturday, July 3, 2010

SEMINAR KECEMERLANGAN SPM PARLIMEN SEGAMAT 2010





Hidup ini tiada rehat, tiada hentinya. Sebenarnya boleh sahaja kita bermalas-malasan dan tidak peduli apa yang orang buat, apa yang perlu dibuat. Tetapi saya rasa itu bukanlah cara saya.

Memang sukar menjalankan sesuatu program, tetapi keinginan untuk berbakti -do something- menjadi kuat untuk kita bekerja dan kekal berbakti. Untuk apa tenaga ini Allah berikan, jika tidak mampu disumbangkan kepada ummah.

Seminar Kecemerlangan SPM anjuran Parlimen Segamat -pembiayaan YB Datuk S Subramaniam- atas usaha Biro Pelajaran UMNO Segamat; khasnya Puan Hajah Khalijah Mohd Saleh, dijalankan pada 3 Julai dari 8.00 pagi hingga 5 petang. Ia anjuran bersama PPD Segamat. Sebenarnya yang menyempurnakan kerja ini hanyalah empat orang, dan kita bekerja mengikut apa yang termampu. Dugaan tetap ada, tetapi itulah mehnah dalam perjalanan dakwah. Jalan dakwah tidak selalu dihamparkan karpet merah!

YB Datuk Dr S Subramanian sudi merasmikan majlis ringkas ini. Biar statusnya sebagai Menteri, namun ada juga ruang untuk meraikan pelajar (kecil) daerah pedalaman Segamat. Ah.. siapalah kita?

Saya dijemput memberi slot motivasi pada sesi pagi untuk kumpulan perfect score. Menarik dan kita harapkan Allah bukakan pintu kejayaan kepada anak-anak kita. Kami berbincang sambil minum pagi, hari ini kita membantu anak-anak orang dan mungkin pada masa lain, orang lain pula membantu anak-anak kita di luar sana. Itu kehendak Allah pastinya.

Dan saya amat gembira apabila pelajar menghargai apa yang kita sampaikan. Saya tahu ada sesuatu yang mereka dapat. Syukurlah.

No comments: