Friday, July 23, 2010

SYUKUR DENGAN RAHMAT-MU



Syukur dengan rahmat-Mu jua kami dianugerahkan seorang bayi perempuan pada 22 Julai 2010, tepat jam 3.35 petang di Hospital Segamat. Beratnya 2.9 kg, yang terkecil berbanding adik beradik yang lain. Comel. Syukur.

Kelahiran kali ini tidak dapat dijangka ketepatan tarikhnya. Hanya setelah mendapat nasihat doktor, Shida dimasukkan ke wad 20 Julai lalu. Dia diberikan beberapa ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran (indius, termasuklah ubat untuk 'sakit'.

Bertuah saya dapat berada di sisinya ketika saat kritikal seorang ibu mahu bersalin. Sakitnya kali ini teramat sangat, namun Allah tentukan mereka selamat.. si bayi kecil dan ibunya..

Malam tadi dia asyik menangis. Seronok tengok muka comelnya menyedut susu yang baru terbit. Itulah rezeki Allah berikan kepada semua makhluk-Nya.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.

12 comments:

HishamMB said...

Salam Ustaz.

Tahniah, tahniah... Murah Rezeki Ustaz, Syukur AlhamduliLLAH...

Tahniah sekali lagi.

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Tahniah... comel

Syah said...

Tahniah Ustaz!!!

Salam dari kami sekeluarga di Perth.
Syahrul Ahmar Ahmad

Mohd Halim Kadri said...

Ustaz, tahniah dari kami sekeluarga.

Muhammad Khalid said...

Assalamualaikum Semua,
Alhamdulillah,tahniah Ustaz!

Anonymous said...

tahniah uztaz

junita

Zaza Hermosa said...

salam ustaz...tahniah...saya doakan ustaz sentiasa happy selalu...peace...

Nurzeatul said...

Tahniah Ustaz...

Rina said...

salam ustaz,

baby girl yg comel. tahniah laa ustaz. nnt rombongan cik kiah dtg tgk baby yer.

Unknown said...

Salam Ustaz,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. Moga dengan kehadiran cahaya mata lebih ceria dan murah rezeki ustaz sekeluarga. Amin....

Tahniah from AKZ@CS.

Anonymous said...

Salam ustaz, tahniah buat ustaz dan keluarga. Memang comei.

Maria Hadiey said...

wah..tahniah ustaz dapat baby baru...