Monday, August 30, 2010

KEHEBATAN REMAJA - CERAMAH DI MASJID AS-SYAKIRIN


Malam tadi saya diundang menyampaikan ceramah bersempena majlis penutupan di ambang kemerdekaan di Masjid As-Syakirin, UiTMJ.Kisahnya soal kehebatan remaja.

Remaja hebat. Mereka cantik, pandai, bijak, pantas, tangkas dan segala-galanya ada pada mereka. Idealisme tinggi, bebas dan memiliki ruang waktu yang tidak terbatas.

Soalnya, bagaimana remaja kita memanfaatkan peluang yang Allah berikan ini untuk aktiviti dakwah dan agama, aktiviti kemasyarakatan dan negara? Banyak ruang dan peluang yang belum diisi dan terisi.

No comments: