Monday, August 2, 2010

SAUDARA BARU ORANG ASLI DI SK KG KUDONG, BEKOK




PEWANI UiTM JOHOR melangkah jauh bertemu saudara baru dalam kalangan orang asli di Kg Kudong, Bekok pada 31 Julai lalu. Puan Azizah Aris selaku kepimpinan PEWANI bersama rombongan 12 orang staf UiTMJ beramah mesra orang asli Jakun di sana. Cikgu Rosnah Yaacob, Guru Besar SK KG Kudong berperanan besar menjayakan program ini. Bukan mudah mahu menjemput orang asli di pedalaman untuk datang ke sekolah.

Dan bukan mudah juga orang asli hendak meninggalkan kerja mereka melapangkan masa bersama kami. Saya diberi peluang untuk berbicara tentang puasa. Ada yang baru 3 bulan, ada yang baru setahun memeluk Islam. Dan Ramadan ini adalah pengalaman pertama mereka berpuasa.

Cikgu Rosnah (bekas GB SK Bukit Tunggal) melahirkan harapan tinggi kepada NGO untuk menggerakkan aktiviti seperti ini. Allah anugerahkan kita rezeki melimpah ruah, kenapa tidak mahu disumbangkan sedikit masa dan harta untuk mereka, untuk saudara seagama yang amat memerlukan bantuan.

Tahniah PEWANI dan tanhiah guru-guru di sana yang hebat.

1 comment:

Anonymous said...

Syabasy, insyaAllah Allah berkati