Tuesday, September 14, 2010

PENUHKAN AIR DI TEMPAYAN INI..

Mad E terkedik-kedek lari mencapai timba berwarna merah di atas jemuran. Bergegas dia turun menuju telaga di tepi rumah, sambil matanya menjeling lubang-lubang cengkerek yang belum diusik. Mahu sahaja semua cengkerik itu ditangkap untuk diberi makan ikan kaloi Pak Teh di dalam telaganya.

Suara Mak Cik memanggil dari atas dapur mematikan langkah Mad E. Mad Chi pun moyok menarik muncung panjang mendapat arahan emaknya untuk mengisi air di tempayan yang sudah kering. Kak Aishah dan mak hendak memasak, hendak basuh pinggan dan hidangan minum. Air dah kering.

Mad Chi menceduk air telaga setimba demi setimba. Empat timba tin minyak masak segelen, penuhlah sebaldi air. Giliran Mad E pula menceduknya memenuhkan baldi untuk dibawa naik ke atas jemuran memenuhi dua tempayan besar. Satu tempayan untuk masak-masak dan air minuman, satu tempayan lagi untuk basuh-basuhan pinggan mangkuk.

Itulah gamaknya kerja masa lapang Mad E dan Mad Chi. Apabila cikgu bertanya apa hobi kamu? Mad E menjawab, hobinya ialah angkat air. Makna 'hobi' pun Mad E belum faham lagi...

(Maaf ini cerpen yang tak akan siap)

2 comments:

Hamdan said...

Usatz Prof,

Tentu kenal saya? Just click and you are on your way to my blog. Semoga ustaz sekeluarga berbahagia selalu.

Melihat Kesunyataan said...

Tolong sambung cepat ustaz. Kenapa wataknya Mad E dan Mad Chi?