Wednesday, October 27, 2010

KITA MASIH BERTUHAN

Kerap sangat kita dengar keluhan; "saya bosanlah.." "saya tak tahu hendak buat macam mana lagi.." dan seumpamanya. Keluhan menggambarkan penderitaan yang silih berganti. Ada kalanya ia berat dan membebankan, ada kalanya ia lebih kepada tekanan perasaan semata-mata, bukannya soal deraan fizikal. Emosi.

Semua orang menghadapi tekanan. Pekerja akan menghadapi tekanan kerana kerjanya yang banyak dan payah. Yang tidak bekerja tertekan kerana tiada kerja yang boleh diusahakan untuk mendatangkan pulanga... Dan selalu saya berpesan, syukurilah dengan apa sahaja ketentuan Tuhan. Tekanan kerana kerjaya, tentunya jauh lebih baik daripada tekanan yang tiada kerja. Tekanan berkerjaya menghasilkan imbuhan (gaji) dan pendapatan untuk kelangsungan hidup, sedangkan penganggur itu tiada maknanya apa-apa.

Berapa kerap kita bergantung kepada Allah seperti yang kita baca dalam surah al-Ikhlas; Allahussamad? Berapa kerap kita mengadu kepada Allah tentang masalah kita, kekurangan kita, kebosanan kita, kerumitan hidupnya kita? Berilah raung dan peluang kepada diri untuk terus mengadu kepada-Nya, mengadu dan mengadu akan kekurangan diri.

Tentunya ia lebih nyaman dan indah; lebih menarik dan mendamaikan. Kitakan masih bertuhan, kenapa mahu dipinggirkan Tuhan yang sedia mendengar permintaan hamba-Nya?

Kita masih bertuhan. Ingat tu!

No comments: