Wednesday, November 10, 2010

CERAMAH STPM

Hari ini saya diberi peluang berceramah kepada calon STPM yang akan bermula 23 November ini. Program anjuran GPMS, Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah disertai hampir 200 pelajar Melayu daerah Segamat, bertempat di Dewan SMKA. Teruja ketika berdiri di hadapan mereka.

Anda membawa amanah besar kepada agama, bangsa dan negara. Anda bertanggungjawab untuk wajib berjaya, untuk mengajak rakan lain juga berjaya kerana keadaan kita kini kian terdesak dan terhimpit. Tiada seorang pun yang boleh gagal, atau dibiarkan gagal jika kita mahu bersaing dengan bangsa lain.

Susahnya pelajar kita hari ini tidak gemar membaca, tidak suka menulis yang menjadikan mereka kaku dan kekok dengan persekitaran luar. Itu rahasia sebenarnya kejayaan seseorang pelajar.

Moga berjaya kepada anak-anak semua.. termasuklah Afif - anak sulung kami- yang akan mengambil SPM tahun ini. Do your best and good luck.

No comments: