Wednesday, November 3, 2010

TERCEGAT DI PINTU DEWAN DST -

Petang ini pelajar saya akan menghadapi peperiksaan akhir kursus CTU 241. Enam kelas semuanya. Selepas solat Zohor, saya terdorong untuk pergi ke Dewan DST, tempat berlangsungnya peperiksaan. Berdiri tercegat di hadapan dewan sambil mendoakan mereka berjaya; good luck, do your best... jawab panjang-panjang.. jaga masa... sduah cukup untuk melihat kegembiraan pelajar berkenaan menghadapi peperiksaan, sedetiknya nanti.

Oh ya, kenapa baharu hari ini saya terfikir untuk tercegat di hadapan dewan untuk memberi semangat, doa dan harapan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir kursus kita? Seronok mereka tersenyum dan ada yang bersalaman memohon maaf (sbb banyak ponteng barangkali..), dan doaku semoga semuanya lulus cemerlang belaka.

Tercegat di hadapan pintu dewan, hanya beberapa minit cuma!

6 comments:

Hanis Zalikha said...

Kami tak dapat pun treatment ni Ustaz :'( Takpe.. takpe.. :D

Hanis Zalikha said...

Kami tak dapat pun treatment ni Ustaz :'( Takpe.. takpe.. :D

Hanis Zalikha said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam ziarah

doa guru dan ibu bapa
mmg diperlukan saat2 mnjwb 'exam'
mcm ni ~

Anonymous said...

Ngehe. Saya tk nampak pun ustaz tadii :)

Myra Malik said...

aah saya pun ade tegur ustaz mase ni. bagi saya A+++++++ tau. hehe