Wednesday, January 5, 2011

MEETING

MEETING adalah elemen terbesar sebagai pentadbir. Sehari dua - tiga meeting adalah perkara lumrah; begitulah telahan dan realiti. Banyak perkara baru yang perlu dipelajari, disesuaikan dengan kehendak dan persekitaran selagi ada kebenarannya.

Hari pertama bermula dengan Mesy Pengurusan Eksekutif dan Pelupusan. Ya Allah terasa banyak benda yang di luar pengetahuan dan 'keperluan' yang perlu diambil tahu sebagai satu tanggunjawab.

UPENA mula bergerak dan mengatur langkah tahun baru. Nampak Sdr Ainol makin mantap dan terarah gerak kerjanya. Tahniah.

Hari ini agenda Hari Inovasi (Hari Q)mengambil tempat sebelum membuat penilain proposer penyelidikan pensyarah. Daripada 35 proposer dinilai, 18 yang perlu diubah suai sedikit sebelum dikeluarkan surat tawarannya. Terima kasih Dr Oskar, orang muda yang tamat PhD-nya di German. Kagum dengan keupayaannya. Saya kira momentum orang muda lebih tinggi dan terbuka.

Firman Allah bermaksud; "Dan mereka itu memutuskan urusan mereka melalui syura / mesyuarat." (As-Syura)

1 comment:

Hamdan said...

Ustaz,

Tahniah.Sekarang dah menjadi Timbalan Pengarah BPJI ye..? Jawatan baru, tanggungjawab baru, dan sudah tentu terjumpa benda benda baru...dan yang lama diubah dijadikan benda baru..Walaupun sibuk, sudah tentu tanggungjawab ini memberi penuh kepuasan kepada Prof...Tahniah sekali lagi..