Friday, February 4, 2011

KHAMIS 3 FEB 2011

Malam tadi kami tiba jam 12 malam. Tidur jam 2 pagi setelah berkemas itu ini.

Paginya usai solat Subuh kami uruskan jenazah Haji Jailani Mustafa (bapa Ustazah Zaleha- Haji Toha) mandi, kafan dan solat sebelum jenazahnya dibawa pulang ke Sri Jaya, Muar.

Gotong royong memasak untuk mangsa banjir diteruskan. Kali ini nasi ayam kicap dan sayur untuk 400 mangsa. Ramai yang datang membantu. 200 bungkus diagihkan ke Balai Raya Tandung dan selebihnya kami agihkan sendiri ke Kampung Jawa, selepas solat Zohor. Tidak banyak sebenarnya yang dapat dibantu. Hanya satu taman sahaja, habis bekalan makanan.

Keadaan rumah di sini amat teruk. Semua mangsa bertungkus lumus membersihkan rumah masing-masing. Hajah Kadariah kelihatan letih dan penat. Imam Tukiran juga begitu. Puan Shima (dan rumah Prof) masih belum terusik untuk dibersihkan. Tangan yang kami ada tidak mampu membantu semua...

Laluan Gemas-Segamat masih tenggelam di Batu Lapan dan berhampiran Kilang Recycle. Kami sempat meluangkan masa sebentar di sana.

No comments: