Wednesday, February 23, 2011

PANTAS MENYEMPURNAKAN TUGAS

Kepuasan hati pelanggan menjadi KPI kebanyakan agensi kerajaan hari ini. Antara isu diketengahkan ialah isu layanan dan kecepatan (dan ketepatan) menjalankan tugas. Pada saya, staf dan doktor di HPS Fatimah, Muar berapa pada tahap 5 jika skala terbaiknya ialah 5! Memang ada kekurangan sedikit, namun ia tidaklah menjejaskan keseluruhan.

Ketika rakan-rakan Afif datang berziarah; Azrai, Ahsan dan Fitri; tiba-tiba si Fitri jatuh pengsan. Segera mereka bertindak. KJ Sukinah dan nurse Norazlina dll mengangkat dan membantu. Dipujuknya Fitri dibawa mendapatkan rawatan.

Di sini saya perhatikan ketulusan mereka bekerja. Tahniah.

Tengah hari Rabu itu kami menerima kunjungan Ayahanda Haji Khalid dan Bonda Hjh Zainab bertemankan Hj Ghani (abg Ghani). Terharu melihat mereka datang. Ayahanda dan bonda sudah terlalu uzur untuk berjalan, tetapi sanggup juga datang. Rahmatnya kami menerima kedatangan mereka.

Petangnya rombongan wanita dari UiTM Johor datang menjengah. Terima kasih Kak Mis, Elly, Ina Wahab, Kak Sham, kak Yah -Hjh Ruwiyah, Kak Yang, Pn Rose, Pn Halimatun dan Pn Azura. Diikuti PM Yusri dan PM Nursiah datang berkunjung. Subhanallah.

Ustaz Sidek, Kak Nik dan anak-anak turut datang. Kawan dari Taman Yayasan datang lagi; Hj Toha, Cikgu Syikin, Azman; bersama Pak Enal dan En Bahrin.

Malam itu, saya belikan Afif kentang putar dan sup, selepas bertemu sahabat lama; Ahmad Marzuki (UTM) di Muar Trader.