Wednesday, February 23, 2011

SELASA 22 FEB 2011

Sudah hari ke enam saya berada di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Afif kelihatan semakin pulih. Dia boleh duduk sendiri, jika dipujuk. Kesakitan di mulut terutamanya masih dirungut.

Dr Ang Yan Lee, Dr Nor Aisyah dan lain-lain bertugas di wad 4 dengan penuh dedikasi. Dr Ros Aini (pakar) banyak memberi tunjuk ajar kepada doktor-doktor baru di wad. Dr Ros Aini memberitahu Afif perlu berkerusi roda, dan jika tiada halangan mungkin boleh keluar secepat mungkitn. Begitu rupanya cara mereka belajar. Mereka banyak belajar daripada pengalaman sebenar menguruskan pesakit di wad-wad, selain teori di bilik kuliah. Pengalaman sebenarnya lebih mematangkan dan membina kepakaran doktor.

Satu perkara yang saya terfikir, kenapa perkara asas dalam perawatan dan penjagaan pesakit dan kaedah perawatan tidak diajar di sekolah. Paling tidak sedikit maklumat asas perawatan dan pemulihan boleh dijadikan topik tambahan dalam subjek Kemahiran Hidup, umpamanya.

Afif dibawa ke Klinik Pembedahan Gigi untuk diikat gigi atas dan bawahnya. ia menyebabkan Afif sukar bercakap dan sukar hendak makan. Hanya minuman atau makanan hancur yang halus sahaja boleh dimakan Afif. Kasihan, katanya dua minggu diikat begitu.

Pada sesi petang, Afif didatangi Puan Norashikin (dan En Firdaus, berikutnya) Juru Pulih Cara Kerja. Tugas mereka adalah untuk membantu pesakit menggerakkan anggota badan, memulihkan gerakan (setelah terhenti selepas kemalangan) sebagai persediaan untuk keluar. Mereka adalah pensyarah dari UiTM Puncak Alam di bawah Fakulti Sains Kesihatan.

Tengah hari itu, Emak dan Abah dari Sekinchan tiba. Mereka datang dengan Razak dan Rina. Emak telah lama mahu datang, namun abah tidak begitu sihat untuk memandu sejauh itu, sehinggalah Razak bercuti untuk datang berziarah. Terima kasih emak, abah dan adik Razak dan Rina.

Petangnya Shida, Nuha, Ibrahim dan Sara datang. Datang bersama Hjh Zainab rakan akrab kami bekas Pengetua SMK Seri Kenangan.

1 comment:

HZQH said...

semoga beliau dalam keadaan yang baik.saya doakan beliau cepat sembuh.maaf saya lambat ketahui nya.

ikhlas, haziqah ramli..