Monday, March 28, 2011

RASMI DAN MERASMI

Baby Sara telah pandai merangkak. Ibrahim menderanya untuk merangkak lebih jauh. Diletaknya Sara jauh-jauh dan diumpan abahnya untuk dia merangkak. Sara pula menjadi terlalu manja. Abahnya pulang sahaja, mesti mahu didukung dan dijaga. Umminya tidak dihairankan lagi. Sara juga sudah mula belajar meniti untuk berdiri. Berdiri sesetika cuma. Ahad kami ke Dataran Segamat. Umminya bertugas di pameran buku dan pendidikan bersama Ibrahim yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna. Saya ke Uitm merasmikan Kem Kepimpinan anjuran kelas MGT 543 (Puan Che Faridah, Harlina) bersama pelajar SUKSES. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan kem ini. 11.30 ke SUKSES melihat majlis penutup Kem Puteri Islam. Nampak PI terarah dan berdaya maju dengan sentuhan guru penasihat yang baru. Tahniah kepada guru dan pelajarnya.

No comments: