Tuesday, April 12, 2011

ALLAH ITU MAHA PENGASIH

Tahu.

Allah itu maha pengasih lagi penyayang.

Ketika kecil-kecil dulu, saya sering sahaja dileteri bonda. Bonda memang begitu orangnya, tapi dia terlalu baik. Dalam leteran dan marahnya, tinggi nilai kasih sayang, tinggi nilai pengorbanan untuk melihat anak yatim ini berjaya dan menjadi orang.

Allah maha pengasih.

Ketika di sekolah, kita bertemu pula guru-guru yang baik dan guru-guru yang garang. Guru yang garang menjadikan kita takut dan bersungguh-sungguh. Tidak boleh salah sedikit. Rotan.

Allah maha pengasih.

Setelah bekerja, kita berhadapan dengan ketua. Ketua pun begitu juga. Ada ketua yang digeruni dan ditakuti. Ada pula ketua yang senang didampingi dan didekati. Ketua yang digeruni, pastinya semua kerja kita menjadi beres. Cepat dan tepat.

Allah maha pengasih. Setelah sekian lama, tiba masanya kita pula bergelar ketua. Dan teruja pula; bagaimana letak duduknya aku sebagai ketua? Digeruni, ditakuti, disenangi rakan taulan atau dibenci?

Allah maha pengasih.

Tiba masanya untuk kita menentukan langkah dan menentukan prinsip hidup. Ada orang yang ketika menjadi ketuanya, dia tegas dan digeruni, malah ditakuti sehinggalah ke penghujung pencennya, dia kehilangan sahabat. Sendirian. Terkontang kanting.

Allah maha pengasih.

Bagaimana sukarnya hendak menjadi ketua sehebat Rasullullah, atau Saidina Omar dan khalifah Omar Abdul Aziz?

Allah maha pengasih.

Dan pada Allah inilah jua, kita harapkan kepimpinan kita yang terbaik untuk ummah dan negara.

Allah maha pengasih.

No comments: