Wednesday, April 27, 2011

MAKAN


MAKAN dan makan-makan adalah fitrah insan yang hakiki. Makan-makan biasa sangat kita adakan, adakan untuk meraikan sesuatu hal. Ada makan-makan atas tujuan bisnes, ada makan-makan atas meraikan kemenangan, ada makan-makan untuk majlis perpisahan dan ada pula makan-makan kerana hari jadi, hari raya, hari Selasa, hari Rabu dan entah segala.

Hari itu, pelajar saya adakan makan-makan untuk meraikan penghujung kelas sebelum mereka masuk final. Makan-makan untuk kenangan dan untuk doa restu barangkali.

No comments: