
ALHAMDULILLAH. Syukur sempurna sudah sambutan Maulid Rasul saw di Surau Al-Muhajirin Taman Yayasan pada 16 April lalu. Pagi-pagi kami memotong dua ekor lembu di Spang Loi, melapah daging dan bergotong royong masak memasak di surau.
Team wanita dan lelaki ramai yang datang. Ramai pula muka-muka baru yang datang membantu. Alhamdulillah. Saya kira tujuan utama untuk merapatkan silaturahim sesama taman telah berjaya dipadukan.
Selepas Zohor acara kanak-kanak diadakan. Tidak ramai yang hadir. Saya sendiri tidak sempat membuat promosi kepada anak-anak. harapkan mereka faham dan datang sendiri sahaja. Acara kuiz agama dan menjawikan rumi diadakan secara berkumpulan. Lanjar dan ringkas.
Berzanji dan tahlil juga meriah. Beberapa lagu diperdengarkan berselang seli dengan iringan selawat yang sungguh indah dan menarik. kita memuji baginda, kita mencintai baginda saw.
Jamuan makan selepas Maghrib. begitu ramai yang datang. Bagus juga sambutan kali ini dilewatkan hingga ke bulan April... paling tidak ramai jiran dan kenalan yang dapat datang memeriahkan majlis. Alhamdulillah ramai jemaah dan imam-imam dari surau dan masjid berdekatan yang datang.
YB Datuk Hj Othman Jais (ADUN B. Kasap), En Ahmad Zaidi Sajidan (Penghulu Buloh Kasap) dll VIP turut hadir.
Ceramah disampaikan Al-Fadhil Ustaz Hj Mohd Ansarullah mohd Hashim dari KDN Putrajaya, amat menyentu hati. Bahasanya mudah. Isinya pun mudah dan ringkas. Tetapi ternyata memberi bekas kepada jemaah yang hadir. Ada yang meminta CD rakaman untuk didengar lagi dan lagi..
BErtuah juga pada malam ini apabila ceramahnya dirakakm oleh pihak RTM Melaka untuk siaran Radio Malaysia Melaka. Terima kasih kepada tuan yang berurusan di sini.
Persembahan kanak-kanak tadika menarik minat. Ia selingan yang ringkas tapi memberi impak besar. ia berjaya melibatkan pelbagai pihak, baik guru mahupun ibu bapa.
Kepada semua yang menjayakan majlis Maulid Rasul di tempat kami, kami rakamkan penghargaan jutaan terima kasih. Sumbangan dan kerjasama anda sekalian amat kami hargai dan semoga dipanjangkan lagi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment