Saturday, May 14, 2011

JAWI.. MEDAHNYA BELAJAR JAWI BERSAMA DR. JAWI

PJI semalam berjaya menganjurkan bengkel pengajian tulisan jawi bersama Dr. Jawi iaitu Ustaz Abdul Manan Ali al-Marbawi. Berasal dari Kuala Terengganu menjadi Guru Cemerlang dengan usahanya memperkenalkan kaedah pengajaran jawi yang ringkas dan mudah. PErnah bertugas di Sabah dan sebaya dengan saya, punyai anak 7.. juga sama spt saya.. he he..Tapi dia lebih hebat.

Mulanya dijangkakan tidak ramai yang dapat hadir, tetapi saat akhir penuh juga Bilik Sekritariat penggemar tulisan jawi. Ada yang terkial-kial belajar jawi dan ada yang pantas dan cepat menguasai kaedah penulisan jawi.

Syukur Alhamdulillah dan amat bertuah dapat bersama Ustaz Abdul Manan. Beliau amat membantu dan sedayanya dicurahkan ilmu sebanyaknya kepada peserta.

Terima kasih kepada semua peserta dan penghargaan tidak terhingga kepada Pengurusan UiTM Johor atas kelulusan program ini. Tahniah kepada penganjur.

No comments: